Friday, December 25, 2015

Setiaku Milikmu

Sara Dhia, Seorang gadis desa yang hidupnya senantiasa dirundung duka. Sejak kecil dia telah dijaga oleh makciknya kerana kedua ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Namun, menumpang kasih ibu saudara tidaklah sama dengan kasih ibu sejati. Banyak derita yang harus dia tempuhinya.

Pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki bernama Adam Hakimi telah mengikat dia buat selama-lamanya dengan lelaki itu. Atas alasan hitang, Sara disunting oleh lelaki itu sebagai suri. Biarpun di hati tiada cinta, Sara reda! Siapa sangka, hidup bersama Adam lagi banyak kisah duka dari manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu benar-benar menjerut hati Sara. Tambahan pula, Adam terang-terangan mengakui dia cintakan perempuan lain. Harus, bagaimanakah Sara?

Sikap bertanggungjawab dan ambil berat yang ditunjukkan oleh Adam tanpa sedar telah membenihkan bunga cinta di hati Sara buat lelaki itu. Dalam diam dia memasang tekad untuk terus setia menanti secebis cinta dari sang suami.

"Ya Allah, Engkau telah memilih aku untuk melalui semua ini. Aku reda, Ya Allah. Jika benar dia yang Kau pilih untuk menjadi teman hidupku, aku akan setia mengharungi getir ini. Aku akan terus menanti saat terbitnya rasa cinta di hatinya untukku. Namun, aku mohon pada-Mu, berilah aku kesabaran yang tinggi seperti sabar yang Engkau berikan kepada isteri para Nabi. Kerana aku selemah-lemah wanita, Ya Allah! Aku takut, aku pincang dalam langkahku." - Sara Dhia

Namun, satu sengketa telah berlaku di antara mereka yang menyebabkan Sara menjauhkan diri. Hati perempuannya terus membeku. Saat itu, kata sayang dan cinta dari Adam sudah tidak bermakna lagi buat Sara. Bukan mudah untuk memaafkan. Lukanya dalam sekali!

"Sara, percayalah! Abang dah lama sayangkan Sara. Abang dan lama jatuh cinta pada Sara. Sejak pertama kali kita berjumpa. Sejak pertama kali Sara peluk abang, hati abang sudah jatuh sayang pada Sara. Tapi, abang ego! Abang cuba nafikan rasa itu sehinggakan Sara yang menjadi mangsa. Abang ikat Sara dengan alasan hutang. Hakikatnya, abang tidak sanggup kehilangan Sara" - Adam Hakimi

Apalah gunanya! Hati Sara sudah membeku. Tiada lagi getaran di jantungnya saat Adam melafazkan kata sayang dan cinta.

"Jangan berkipas di tengah ribut, Adam! Tangan penat, hasil tak dapat. Baliklah!" - Sara Dhia

Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masihkah ada sinar bahagia di hadapan? Terbayarkah penantian Sara selama ini? Berjayakah Adam mendapatkan semula cinta dan kemaafan dari Sara? 


Memilihmu Kerana Dia

"Tolong jaga bonda dan Heritage." - Ku Azran

Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage. Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan hidup Nur Sarah lintang-pukang,

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

"Dengar sini Sarah, walaupun kau isteri aku tapi aku tak pernah terfikir nak sentuh kau sebab aku jijik! Jijik nak sentuh bekas adik kandung aku sendiri!" - Ku Ammar

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

"Buat apa nak membazirkan air mata, Sarah? Kalau aku jadi kau, dah lama aku keluar dari rumah ni. Kau tak malu ke? Orang dah tak suka buat apa kau nak terhegeh-hegeh, kan? Atau kau suka dijadikan alat? - Lisanani

"Enough Lis. Aku tak perlukan nasihat kau. Selagi Ammar tak ceraikan aku, selagi tu aku tak akan keluar dari rumah ni. Selagi Ammar tak pecat aku dari Heritage, selagi itulah aku akan bekerja di situ!" - Nur Sarah

"Damn you, Sarah! Kau ingat aku akan diamkan, Sarah? Kau mimpilah dulu. Kita tengok siapa yang akan dihalau nanti! - Lisanani

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar? Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya?


Dia Semanis Honey

Bagi Hani Safira, pertunangan ini tidak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf Wafiy pula, pertunangan ini hanya kerana taatnya seorang anak. Saat cinta mula menggebu, Ariana muncul kembali membawa seribu duka dalam hidup Hani dan Ahnaf. Saat indah di mana mereka bakal diijabkabukan, menjadi saat paling malang buat Hani bila dia ditinggalkan pergi. Selepas tiga tahun berpisah..

Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella dan I dah ada Adam!" - Hani

You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf

"Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan kita. Sebab perkataan kita tu dah lama tak wujud antara you dengan I" - Hani

Adakah semuanya sudah terlambat buat mereka? Tiada lagikah ruang untuk mereka menebus semula cinta yang lalu? Atau... haruskah mereka terima hakikat bahawa mereka tidak ditakdirkan untuk bersama?


Bila Terlajak Sayang

Indah Halina dan Tajul Razin... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.

"Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only mu wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang" - Tajul Razin

"Yalah tu... Tipu juga!" - Indah Halina

Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.

"Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?" - Indah Halina

Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetapi bidadari abang." - Tajul Razin

Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia uji dengan sesuatu yang paling dia sayang.

"Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi... Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sepenuh hati, bro" - Tajul Fahin

Akhirnya, Tajul Fahin masuk campur semula. Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilupakan. Tetap terkesan dalam hatinya walaupun dia cuba menidakkan perasaan itu. Jika pengorbanannya dulu tidak dihargai, tidak salah dia mengambil semula cinta itu.

Bagaimanakah kesudahan cinta mereka apabila tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora. Adakah kali ini mereka terpaksa melepaskan cinta mereka dan merelakan segala yang berlaku?


Kerana Aku Untukmu

Darriz Imdad... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempersona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta... buat kali pertama!

"Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?" - Darriz Imdad

"No, Fakhry tu suami I" - Zenia

Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat tali yang terus mengikat mereka berdua.

Zenia... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar tekah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.

Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebar daripada Ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!

"Hove some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!" - Zenia

"Aku takkan mengalah, aku takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!" - Fakhry

Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?


Layakkah Aku

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu bapa kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.

"We have another date then" - Mikail Amsyar

"Errr, it is not a date. It is a normal dinner." - Farra Hani

"Tapi bagi i, it is a date. So, see you tomorrow, sayang." - Mikail Amsyar

Semakin dia cuba melarikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

"Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ini aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!" - Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya. Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?


Dalam Keterpaksaan

Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!

Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.

"Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! - Danisya

"Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah..." - Raiqal

"Saya tak merepeklah.. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar."

"Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu!" - Raiqal

"Pandai pun." - Danisya

Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu!

"Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya" - Raiqal

Tapi.. Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?

Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga si Danisya dan si Raiqal ini?

Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?


M.A.I.D

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarkan Mr. F (Fussy)

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu. Elisa - perempuan plastik yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mangharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? Kuali? Sudip?


Jodohku Gadis Kampung

"Kalau kau hidup asyik nak menyusahkan orang lebih baik kau mati." - Pak Latep

"Abang nak Aufa jadi pendamping abang dunia dan akhirat. Demi Allah..." - Syed Al-Hadeef

Di mana salahnya apabila dilahirkan sebagai seorang perempuan? Bagi Aufa, dia tidak pernah kenal erti kasih sayang apabila berhadapan dengan ayah kandungnya sendiri, Pak Latep. Buat baik dihina, buat salah dibenci selama-lamanya.

Kesempitan hidup yang dialami oleh Aufa sekeluarga, menjadikan dia seorang yang terdesak. Atas desakan itu jugalah, telah menemukan Aufa dengan Syed Al-Hadeef. Kerana lelaki ini... Aufa mula kenal cinta, Aufa tahu apa itu rindu.

Baru ingin merasai nikmat bahagia, Aufa diduga untuk kesekian kalinya. Kehilangan Hadeef tanpa meninggalkan sebarang pesan telah menjadikan Aufa seorang yang tidak yakin lagi dengan cinta.

Di manakah bahagia yang ku cari selama ini? Adakah aku dilahirkan hanya sekadar untuk merasa derita? 


Intai Hati Dia

Di saat meniti hari bahagia bersama tunang tersayang, Nur Syifa akur bila impian cintanya musnah dan disatukan bersama lelaki yang mendendam keluarganya dalam diam. Takdir telah tertulis. Jodoh telah ditetapkan. Mahu dengan tidak, Nur Syifa terpaksa reda.

"Boleh kan abang izinkan Syifa panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya?"


Namun, rumah tangga yang dibina tak seindah seperti yang diharapkan. Syed Azmi tega melukai sekeping hati bernama isteri bila menidakkan hak Nur Syifa ke atas dirinya. Demi melunaskan dendam yang tak berkesudahan, sebuah perkahwinan diperjudikan.


Di saat api cinta sedang membara, Saiful kembali hadir untuk memaknakan kehadirannya di sisi Nur Syifa. Satu persatu rahsia yang tersimpan teguh kini terungkai dan kebenarannya menyebabkan Syed Azmie jatuh terkulai di atas khilafnya dalam membuat perhitungan.

"Masih adakah harapan dan peluang kedua untuk abang membetulkan segala kekurangan ini?'


Atas dendam apakah, Syed Azmie sanggup mempermainkan hati dan perasaan Nur Syifa? Atas alasan apa Saiful muncul? Dapatkah hubungan yang sudah bergolak antara Syed Azme dan Nur Syifa diselamatkan? Akan teguhkah rumah tangga yang dibina? Saat hati diintai, mampukah sebuah dendam bertukar sayang? Saat hati diintai, mampukah rasa kecewa berubah kasih?


Setanggi Cinta Umairah

Nur Umairah... Gadis kampung yang alim dan tidak pandai menonjolkan kecantikannya. Melakukan perubahan diri demi sayang akan persahabatannya dengan Juma yang sama-sama mengharungi suka duka kehidupan di alam kampus.

Imran... Jejaka kacak yang dibuai cinta dengan gadis idamannya, Zulaikha. Hubungan yang dibina beberapa tahun musnah jua akhirnya apabila Zulaikha berpaling.

Imran dan Umairah : Takdir. Disatukan untuk menjaga maruah keluarga masing-masing. Penyatuan tanpa rasa cinta dalam dalam diri, tidak seperti pasangan yang lain. Imran yang masih mengharapkan Zulaikha menolak terus Umairah dari hidupnya. Namun, tidak pula dia ingin menceraikan Umairah.

"Umairah... tu bilik kau, ni bilik aku. Rumah ni rumah aku. Jadi aku tak suka kau ubah apa-apa. Kalau kau rajin sagat buat je dalam bilik kau tu. Kat luar ni semua kawasan aku... Kau tak boleh tuntut apa-apa pun daripada aku. Kau bukan sesiapa pun. Kau faham apa maksud aku, kan? - Imran

Walapun begitu, Umairah tetap mendahulukan suaminya dalam apa jua urusan hariannya biarpun dia dilayan sedemikian. Perasaan aneh mula terdetik dalam hatinya apabila layanan Imran terhadapnya berubah. Namun, dia sedar siap diriniya kepada Imran.

"Awak tak panas ke duduk dalam bilik kecik ni" - Umairah

"Tak. Sebab abang ada sayang, sejuk mata memandang" - Imran

"Dulu ada orang cakap dengan saya, dunia saya hanya dalam bilik kecik ni. Jadi saya dah tak bileh nak keluar dari dunia saya ni." - Umairah

Haruman cinta Umairah hanya untuk suaminya biarpun dia didatangi jejaka kacak lain. Pada saat bahagia mula menerjah rumah tangganya, dia dan Imran diuji dengan pelbagai musibah.

Mampukah Imran menebus kesalahannya sekaligus menggapai cinta Umairah? Namun bagaimana pula penerimaan Umairah apabila mengetahui Imran la penyebab kematian arwah ayahnya?



Dia...Isteri Luar Biasa

Single is simple, double is trouble..

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy.. Mesti ada jalanlah...

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, ewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik Nab a.k.a Nasi Ayam Bonda.

"Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas itu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu" - Dewi Yusra

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan suami sementara dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

"Saya Amzar...errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu..." - Raden Amzar

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkan Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai suami sementaranya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?



Ternyata Cinta

Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

Zariel - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

Iqram - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kritiria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakap melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan Ilahi tetap membatasi segala..


Takdir Itu Milik Aku

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji, Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dngan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zaril Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahupun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi membolot harta emak mertuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

"Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ni lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijijnya aku menengok muka kau. Jijij, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab aku yang rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!" Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana takdir itu milik aku!


Sesuci Cinta

Siapa kata gadis sepertinya tidak mampu untuk mengubah imej? Mungkin kerana itulah dia melarikan diri, tinggalkan semuanya untuk mengubat hati dan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya kepada Armand, Nuraina sedar cinta tanpa harta mungkin tidak akan ke mana.

Behzad, lelaki yang mempunyai sgala-galanya telah muncul untuk mengubat jiwa yang sengsara. Dia menerima Nuraina seadanya. Apakah kehidupannya di perantauan mampu membawa nikmat dan kebahagiaan?

Sehebat mana sekalipun manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawa Nuraina ke Andalusia, Sepanyol dan di sanalah Nuraina bertemu dengan sesuatu yang sangkanya sudah lama hilang.

Hatinya yang diketuk smula memerlukan Nuraina utuk membuat keputusan. Apakah dia mampu untuk menilai yang mana satu kasih dan yang mana pula kasihan? Cinta baru yang bermakna atau nostalgia cinta lama tetap di hati?

Realiti selalunya tidak seindah mimpi, namun Nuraina terpaksa menghadapi semuanya..


Nyanyian Tanjung Sepi

Dan sepi itu terus menghambat aku kemana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya... sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu?

Aqmar : Senyuman itu membuat hitan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.

Zainur : Beku hatinya pernah sekali cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.

Khalida : Kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!


Cinta Yang Ku Rasa

Seingat Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan antara mereka. Tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabut. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kahih yang mendsari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walapun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shariman tidak pinta hidupnya jadi begitu, tetapi Allah memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir Ilahi.

"Aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasaanmu agar kau membenci. Hakikatnya Laila, aku mengoyak hati sendiri"


Kasih Antara Kita

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin.. Sesukar manapun perjalanan hidup, masih ada keindahan manis yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu, dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

"Tapi.. dalam hidup ini tidak semua yang kit ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan.Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain"

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersamaa Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

"Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tida taranya"

Lantas hati kecil Emelda bertanya, "Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini."

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. "Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!"


The Wedding Breaker

"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian.Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...." - Ariana Rose

Ariana Rose, kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di amta masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan ini? Tidak kira, dia akan menyiasat juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny"
"Talking to me"
"Nah.. just talking ti the lizard.. See.. there.. we were taling just now. I know you won't be able to understand the lizard's languange."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kesenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?

"I'm gonna miss you.. I'd rather stay by your side. Always"
"Sayang kat abang juga rupanya ya"
"Mestilah, you are my bubly boo and a naughty one too"

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya. Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak curi hati saya" - Tengku Adam Kamil




Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

Dia selesa hidup dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ibi menjadi tulang belakan kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar, tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.


Cinta Kau Dan Aku

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver." marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abag harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Kan Ku Kejar Cinta Kamu

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerara cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan).

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancanm.Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta fan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bosnda si Hitler....


Jika Benar Cinta

Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. Kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.

Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasaa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyik terkenang-kenang.

Gila. Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka.

Tetapi, sanggupkah dia menjadikan kebahagian hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Bukan sesuatu yang mustahil. Namun jika benar cinta, segalanya memerlukan pengorbanan...


Uda & Dara

Sudah sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, Si Uda tidak berputus asa. Si Dara harus dimiliki wala apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mapu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiatarwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka.

Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad!

Berat sungguh syarat itu! Namun, Si Uda tidak peduli. Si Dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi dan abang takkkan sia-siakan Mar"


Thursday, December 24, 2015

Lafazkan Kalimah Cintamu


Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya serang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya telah menggukan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini. Mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?




Rindu Cintaku

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelengu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma berlaun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau... Nyawa?


Kalau Memang Harus Begitu

Zidan Adiputr... Seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan menjadi buruan gadis-gadis yang menggilainya. Kerana itu, dia merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang 'Tuan Putra'. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Tetapi dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun, hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra.

Umpama air dan minyak, mana mungkin dua hati yang saling membenci biasa bersatu. Namun, kemunculan Riyad yang berjaya melakukan make over kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Adara sehingga dia sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagian berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, mana yang lebih utama? Dan jika perlu memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra : Memang pelik, tapi hati aku memang tergila-gilakan perempuan kampung tu!

Adara : Dulu benci bagai nak gila, tapi sekarang cuma dia paling aku cinta


Cinta Kontrak

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak! Aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarganya dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya, Dato' Eddy di sebuah syarikat besar. Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mami Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Di saat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha mengambil keputusan untuk mebatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Itu aje yang kau tau nak sebut? Yelah! Yelah! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tidur atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


7 Hari Mencintaiku

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

"Kau ni memang dasar jantan tidak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So.. apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan ioleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku jugam anusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar..."

Amanah? Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Sehangat Asmara

Kamalia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagia mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya dendam rindunya terhadap lelaki ini lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya..


Qaseh Nuralia Imani

Syed Iskandar terpaksa akur dengan keputusan kedua orang tuanya untuk menerima gadis yang digelar sebagai mumia kerana berbungkus elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani sebagai isteri.

"Entah perempuan manalah yang walid dengan umi kutip untuk dijadikan bini aku ni?!" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami

Berhadapan dengan kebencian suami sendiri bukanlah sesuatu yang mudah untuk Nuralia. Segala maki hamun Syed Iskandar padanya, diterima tanpa kata balasan. Keperitan hidup yang dilaluinya selama ini menjadikan dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan.

"Takdir Allah adalah takdir terindah. Redhalah dengan ketentuan-Nya, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah." - Nuralia Imani

Takdir Allah, tiada yang mampu menjangka. Ego Syed Iskandar akhirnya jatuh menyembah bumi. Kebencian Syed Iskandar hilang dek lembut kasih dan tulusnya hati milik Nuralia Imani. Namun kisah mereka tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai dugaan datang bertimpa di saat mereka mula menyemai rasa cinta. Masih adakah sinar untuk Syed Iskandar dan Nuralia Imani mengecapi bahagia? Berjayakah misi jahat Roy dan Bella untuk membalas dendam pada Syed Iskandar? Relakah Akira mengalah dan berkorban demi cintanya pada Nuralia? Siapa Qaseh yang muncul sebagai penyelemat di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah?


Thursday, November 19, 2015

3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. Antara projek yang mendapat kejayaan dan mendapat sambutan ialah Rumah Mesra Rakyat, dan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah salah satu dari cabang projek SPNB.

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Program RMR1M adalah program projek nasional untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan dan mendirikan rumah sendiri. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan terutama yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Projek RMR1M bawah SPNB menawarkan 3 kategori atau jenis rumah mengikut keluasan. Harga rumah pula bermula dari RM45,000 sehingga RM65,000 dengan diberikan subsidi kerajaan pada kadar 2% daripada faedah pinjaman perumahan.

Kategori rumah paling selesa ialah pada keluasan 1,000kps dengan harga maksima RM65,000 seunit dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Untuk info, program ini juga diadakan secara berkelompok (RMR1M Berkelompok) di kawasan-kawasan ADUN tertentu.

Kategori 1 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 1000 Kaki Persegi

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 1

Kategori 2 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 850 Kaki Persegi 

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 2

Kategori 3 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 700 Kaki Persegi 

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 3

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Untuk memohon skim perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah kendalian SPNB, pemohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat am di bawah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Pemohon mesti tuan punya tanah dan/atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran/suratan hakmilik.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan keatasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi kawasan pulau
* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) 

Jika anda perasan, syarat di atas telah dipinda daripada syarat asal permohonan terutama untuk syarat pemilikan tanah. Sebelum ini, syarat agak ketat kerana hanya pemilik tanah sahaja boleh memohon projek atau skim RMR1M.

[Ads] Kerja sampingan dan sambilan, lakukan hanya di depan komputer. Klik pautan ini untuk akses kepada ribuan kerja online yang bayar USD untuk setiap kerja. Minima - SPM.

Sehingga entri ini ditulis, sebanyak 34,043 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina oleh SPNB di seluruh Malaysia - termasuklah yang telah diduduki oleh pemohon.
Jumlah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB Seluruh Malaysia

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan skim atau projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini, anda boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Wakil Rakyat atau ADUN di kawasan masing-masing. Borang lengkap perlu dimajukan dan diserahkan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB berdekatan.

Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

Berikut adalah beberapa contoh rumah mesra rakyat yang telah siap dan diduduki untuk tahun 2015.

Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M
Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

Untuk maklumat terkini dan lanjut, anda boleh semak di laman web SPNB Rumah Mesra Rakyat:

Laman Web Rumah Mesra Rakyat SPNB


Sunday, November 15, 2015

Kisah Tauladan Nabi Muhammad S.A.W

Terdapatlah seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari menempati salah satu sudut pasar di Kota Madinah. Bukan cuma mengemis, Ia juga berseru kepada orang-orang yang berlalu-lalang di pasar tersebut, “Jangan dekati Muhammad! Jauhi dia! Jauhi dia! Dia orang gila. Dia itu penyihir. Jika kalian mendekatinya maka kalian akan terpengaruh olehnya.”
Teriakannya yang keras tak terlewatkan oleh seorang pun yang berjalan di dekatnya. Setiap kali ada yang terdengar langkah kaki orang melewatinya, pengemis buta itu selalu mengumpat Rasulullah Muhammad SAW, dan mengatakan Muhammad adalah tukang sihir, orang gila dan sebagainya.
ahlak-nabi
Pengemis Yahudi buta itu hampir setiap hari di temani oleh seseorang di sampingnya. Orang tersebut dengan lemah lembut dan kasih sayang menyuapi pengemis yang hampir tidak pernah berhenti untuk menghina dan merendahkan Muhammad SAW. Orang tersebut hanya terdiam saat teriakan makian dan hinaan itu keluar dari mulut Yahudi buta tersebut. Ia terus menyuapi makanan ke mulut pengemis itu hingga habis.
Sampai pada suatu hari, si Pengemis Yahudi Buta tidak lagi ditemani lagi oleh orang yang menyuapinya. Kemudian datanglah orang lain yang membawakan nasi bungkus untuknya dan menawarkan diri untuk menyuapinya.
Orang lain yang menawarkan diri untuk menyuapi pengemis buta yang tidak berhenti merendahkan Muhammad SAW tersebut adalah sahabat terbaik Rasulullah, Abu Bakar Ash Shiddiq. Hati dan kepala Abu Bakar mendidih mendengar sumpah serapah pengemis Yahudi tersebut.
Namun Abu Bakar menahan diri dan berusaha dengan lemah lembut menawarkan diri untuk memberi makan kepada pengemis buta tersebut. Namun bukan rasa terimakasih yang di dapat oleh Abu Bakar, jusru penyangkalan dan hardikan keras dari pengemis tersebut.
Kau bukan orang yang biasa memberiku makanan,” hardik si pengemis buta.
Aku orang yang biasa,” kata Abu Bakar.
Tidak. Kau bukan orang yang biasa ke sini untuk memberiku makanan. Apabila dia yang datang, maka tak susah tangan ini memegang dan tak susah mulutku mengunyah. Dia selalu menghaluskan terlebih dahulu makanan yang akan disuapinya ke mulutku.” Begitulah penyangkalan si pengemis buta kepada Abu Bakar.
Mendengar perkataan pengemis buta tersebut, Abu Bakar tak kuasa membendung rasa harunya. Air matanya tumpah tak tertahankan, dadanya turun naik, Beliau menangis sampai terisak-isak.
Salah satu sahabat terbaik Nabi Muhammad SAW itupun berkata, “Memang, benar, Aku bukan orang yang biasa datang membawa makanan dan memberimu suapan atas makanan itu. Aku memang tidak bisa selemah lembut orang itu.”
kisah-nabi-muhammad
“Ketahuilah bahwa Aku adalah salah satu sahabat orang yang setiap hari menyuapimu tersebut. Orang yang dulu biasa ke sini dan memberimu makan dan menyuapimu telah wafat. Aku hanya ingin melanjutkan amalan yang ditinggalkan orang tersebut, karena Aku tidak ingin melewatkan satu pun amalannya setelah kepergiannya.”
Si pengemis buta Yahudi tersebut terdiam sejenak dan bertanya kepada Abu Bakar siapa orang yang selama ini  memberinya makan dan juga menyuapinya.
“Ketahuilah, bahwa Ia adalah Muhammad, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Orang yang setiap hari kau hinakan dan kau rendahkan di depan orang banyak di pasar ini,” jawab Abu Bakar kepada pengemis buta itu.
Si pengemis Yahudi yang buta itu tertegun. Tak ada kata kata yang keluar dari mulutnya, namun tampak bibirnya bergetar. Air mata pengemis buta itu perlahan jatuh membasahi pipinya yang mulai berkeriput.
Si pengemis buta tersadar, betapa orang yang selama ini ia hinakan justru memperlakukannya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Ia justru malah merasa lebih hina dari apapun yang ada di dunia ini.
“Selama ini aku telah menghinanya, memfitnahnya, bahkan saat Muhammad ada di sampingku sedang menyuapi aku. Tapi dia tidak pernah memarahiku. Dia malah dengan sabar melembutkan makanan yang di masukkan ke dalam mulutku. Dia begitu mulia.” Kata pengemis buta dalam tangisnya.
Pada saat itu juga, Si Pengemis Yahudi buta bersaksi di hadapan Abu Bakar Ash Shiddiq, mengucapkan dua kalimat syahadat ‘La ilaha illallah. Muhammadar Rasulullah.’ Si Pengemis buta memilih memeluk Islam setelah cacian dan sumpah serapahnya kepada Muhammad SAW dibalas dengan kasih sayang oleh Nabi Akhir Zaman tersebut.
Demikianlah kisah keteladanan Rasulullah Muhammad SAW yang sebaiknya dicontoh oleh umat Beliau. Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan syafa’at dari Nabi Muhammad SAW di Hari Penghakiman kelak.. Amiin
 
(Disunting dari 1001kisahteladan.com)

Pautan Kegemaran..

Di sini aku listkan antara laman web serta blog yang menjadi kegemaranku. Hopefully, menjadi kegemaran anda juga..

www.tnb.com.my  ~ syarikat kebanggaanku. Anda boleh juga check & pantau bil elektrik rumah anda. Just click di pautan MyTNB. Banyak info-info yang berguna dan menarik.

www.pace.uum.edu.my ~ bagi yang ingin memohon belajar secara PJJ di UUM

umis2.uum.edu.my ~ Portal Komuniti, UUM

learning2.uum.edu.my ~ learning zone, UUM

admya.blogspot.my ~ boleh download drama



www.dramafever.com ~ peminat korean tegar

erumah.penang.gov.my ~ laman web perumahan SUK Pulau Pinang

www.tonton.com.my ~ tonton drama online (TV3, NTV7, TV8, TV9)




 


My Hobby

Antara aktiviti yang paling aku suka lakukan semasa waktu senggang ialah membaca novel. Hobi ini bermula semenjak sekolah menengah lagi. Selepas SPM, hobi ini terhenti sehinggalah semasa habis final exam Semester 1. Semasa itu, aku diperkenalkan dengan novel karya Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya 2 dan itu membangkitkan semula keinginan ku membaca serta memiliki novel-novel yang lain. 

Aku memperuntukkan sebanyak RM200 sebulan bagi membeli novel-novel.. Antara penulis novel yang menjadi kesukaanku ialah Siti Rosmizah, Anjell, Achik Lana, Fauziah Shaari dan Melur Jelita. Aku bernasib baik kerana minatku ini tidak mendapat tentangan daripada husbandku malahan beliau juga menggalakkan aku membeli dan membaca novel-novel ini agar masaku tidak terbuang begitu sahaja.