Thursday, November 19, 2015

3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. Antara projek yang mendapat kejayaan dan mendapat sambutan ialah Rumah Mesra Rakyat, dan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah salah satu dari cabang projek SPNB.

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Program RMR1M adalah program projek nasional untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan dan mendirikan rumah sendiri. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan terutama yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Projek RMR1M bawah SPNB menawarkan 3 kategori atau jenis rumah mengikut keluasan. Harga rumah pula bermula dari RM45,000 sehingga RM65,000 dengan diberikan subsidi kerajaan pada kadar 2% daripada faedah pinjaman perumahan.

Kategori rumah paling selesa ialah pada keluasan 1,000kps dengan harga maksima RM65,000 seunit dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Untuk info, program ini juga diadakan secara berkelompok (RMR1M Berkelompok) di kawasan-kawasan ADUN tertentu.

Kategori 1 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 1000 Kaki Persegi

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 1

Kategori 2 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 850 Kaki Persegi 

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 2

Kategori 3 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 700 Kaki Persegi 

Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 3

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

Untuk memohon skim perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah kendalian SPNB, pemohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat am di bawah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Pemohon mesti tuan punya tanah dan/atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran/suratan hakmilik.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan keatasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi kawasan pulau
* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) 

Jika anda perasan, syarat di atas telah dipinda daripada syarat asal permohonan terutama untuk syarat pemilikan tanah. Sebelum ini, syarat agak ketat kerana hanya pemilik tanah sahaja boleh memohon projek atau skim RMR1M.

[Ads] Kerja sampingan dan sambilan, lakukan hanya di depan komputer. Klik pautan ini untuk akses kepada ribuan kerja online yang bayar USD untuk setiap kerja. Minima - SPM.

Sehingga entri ini ditulis, sebanyak 34,043 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina oleh SPNB di seluruh Malaysia - termasuklah yang telah diduduki oleh pemohon.
Jumlah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB Seluruh Malaysia

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan skim atau projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini, anda boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Wakil Rakyat atau ADUN di kawasan masing-masing. Borang lengkap perlu dimajukan dan diserahkan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB berdekatan.

Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

Berikut adalah beberapa contoh rumah mesra rakyat yang telah siap dan diduduki untuk tahun 2015.

Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M
Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

Untuk maklumat terkini dan lanjut, anda boleh semak di laman web SPNB Rumah Mesra Rakyat:

Laman Web Rumah Mesra Rakyat SPNB


Sunday, November 15, 2015

Kisah Tauladan Nabi Muhammad S.A.W

Terdapatlah seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari menempati salah satu sudut pasar di Kota Madinah. Bukan cuma mengemis, Ia juga berseru kepada orang-orang yang berlalu-lalang di pasar tersebut, “Jangan dekati Muhammad! Jauhi dia! Jauhi dia! Dia orang gila. Dia itu penyihir. Jika kalian mendekatinya maka kalian akan terpengaruh olehnya.”
Teriakannya yang keras tak terlewatkan oleh seorang pun yang berjalan di dekatnya. Setiap kali ada yang terdengar langkah kaki orang melewatinya, pengemis buta itu selalu mengumpat Rasulullah Muhammad SAW, dan mengatakan Muhammad adalah tukang sihir, orang gila dan sebagainya.
ahlak-nabi
Pengemis Yahudi buta itu hampir setiap hari di temani oleh seseorang di sampingnya. Orang tersebut dengan lemah lembut dan kasih sayang menyuapi pengemis yang hampir tidak pernah berhenti untuk menghina dan merendahkan Muhammad SAW. Orang tersebut hanya terdiam saat teriakan makian dan hinaan itu keluar dari mulut Yahudi buta tersebut. Ia terus menyuapi makanan ke mulut pengemis itu hingga habis.
Sampai pada suatu hari, si Pengemis Yahudi Buta tidak lagi ditemani lagi oleh orang yang menyuapinya. Kemudian datanglah orang lain yang membawakan nasi bungkus untuknya dan menawarkan diri untuk menyuapinya.
Orang lain yang menawarkan diri untuk menyuapi pengemis buta yang tidak berhenti merendahkan Muhammad SAW tersebut adalah sahabat terbaik Rasulullah, Abu Bakar Ash Shiddiq. Hati dan kepala Abu Bakar mendidih mendengar sumpah serapah pengemis Yahudi tersebut.
Namun Abu Bakar menahan diri dan berusaha dengan lemah lembut menawarkan diri untuk memberi makan kepada pengemis buta tersebut. Namun bukan rasa terimakasih yang di dapat oleh Abu Bakar, jusru penyangkalan dan hardikan keras dari pengemis tersebut.
Kau bukan orang yang biasa memberiku makanan,” hardik si pengemis buta.
Aku orang yang biasa,” kata Abu Bakar.
Tidak. Kau bukan orang yang biasa ke sini untuk memberiku makanan. Apabila dia yang datang, maka tak susah tangan ini memegang dan tak susah mulutku mengunyah. Dia selalu menghaluskan terlebih dahulu makanan yang akan disuapinya ke mulutku.” Begitulah penyangkalan si pengemis buta kepada Abu Bakar.
Mendengar perkataan pengemis buta tersebut, Abu Bakar tak kuasa membendung rasa harunya. Air matanya tumpah tak tertahankan, dadanya turun naik, Beliau menangis sampai terisak-isak.
Salah satu sahabat terbaik Nabi Muhammad SAW itupun berkata, “Memang, benar, Aku bukan orang yang biasa datang membawa makanan dan memberimu suapan atas makanan itu. Aku memang tidak bisa selemah lembut orang itu.”
kisah-nabi-muhammad
“Ketahuilah bahwa Aku adalah salah satu sahabat orang yang setiap hari menyuapimu tersebut. Orang yang dulu biasa ke sini dan memberimu makan dan menyuapimu telah wafat. Aku hanya ingin melanjutkan amalan yang ditinggalkan orang tersebut, karena Aku tidak ingin melewatkan satu pun amalannya setelah kepergiannya.”
Si pengemis buta Yahudi tersebut terdiam sejenak dan bertanya kepada Abu Bakar siapa orang yang selama ini  memberinya makan dan juga menyuapinya.
“Ketahuilah, bahwa Ia adalah Muhammad, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Orang yang setiap hari kau hinakan dan kau rendahkan di depan orang banyak di pasar ini,” jawab Abu Bakar kepada pengemis buta itu.
Si pengemis Yahudi yang buta itu tertegun. Tak ada kata kata yang keluar dari mulutnya, namun tampak bibirnya bergetar. Air mata pengemis buta itu perlahan jatuh membasahi pipinya yang mulai berkeriput.
Si pengemis buta tersadar, betapa orang yang selama ini ia hinakan justru memperlakukannya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Ia justru malah merasa lebih hina dari apapun yang ada di dunia ini.
“Selama ini aku telah menghinanya, memfitnahnya, bahkan saat Muhammad ada di sampingku sedang menyuapi aku. Tapi dia tidak pernah memarahiku. Dia malah dengan sabar melembutkan makanan yang di masukkan ke dalam mulutku. Dia begitu mulia.” Kata pengemis buta dalam tangisnya.
Pada saat itu juga, Si Pengemis Yahudi buta bersaksi di hadapan Abu Bakar Ash Shiddiq, mengucapkan dua kalimat syahadat ‘La ilaha illallah. Muhammadar Rasulullah.’ Si Pengemis buta memilih memeluk Islam setelah cacian dan sumpah serapahnya kepada Muhammad SAW dibalas dengan kasih sayang oleh Nabi Akhir Zaman tersebut.
Demikianlah kisah keteladanan Rasulullah Muhammad SAW yang sebaiknya dicontoh oleh umat Beliau. Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan syafa’at dari Nabi Muhammad SAW di Hari Penghakiman kelak.. Amiin
 
(Disunting dari 1001kisahteladan.com)

Pautan Kegemaran..

Di sini aku listkan antara laman web serta blog yang menjadi kegemaranku. Hopefully, menjadi kegemaran anda juga..

www.tnb.com.my  ~ syarikat kebanggaanku. Anda boleh juga check & pantau bil elektrik rumah anda. Just click di pautan MyTNB. Banyak info-info yang berguna dan menarik.

www.pace.uum.edu.my ~ bagi yang ingin memohon belajar secara PJJ di UUM

umis2.uum.edu.my ~ Portal Komuniti, UUM

learning2.uum.edu.my ~ learning zone, UUM

admya.blogspot.my ~ boleh download drama



www.dramafever.com ~ peminat korean tegar

erumah.penang.gov.my ~ laman web perumahan SUK Pulau Pinang

www.tonton.com.my ~ tonton drama online (TV3, NTV7, TV8, TV9)




 


My Hobby

Antara aktiviti yang paling aku suka lakukan semasa waktu senggang ialah membaca novel. Hobi ini bermula semenjak sekolah menengah lagi. Selepas SPM, hobi ini terhenti sehinggalah semasa habis final exam Semester 1. Semasa itu, aku diperkenalkan dengan novel karya Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya 2 dan itu membangkitkan semula keinginan ku membaca serta memiliki novel-novel yang lain. 

Aku memperuntukkan sebanyak RM200 sebulan bagi membeli novel-novel.. Antara penulis novel yang menjadi kesukaanku ialah Siti Rosmizah, Anjell, Achik Lana, Fauziah Shaari dan Melur Jelita. Aku bernasib baik kerana minatku ini tidak mendapat tentangan daripada husbandku malahan beliau juga menggalakkan aku membeli dan membaca novel-novel ini agar masaku tidak terbuang begitu sahaja.



Never Forget... Ekspedisi Ke Gua Tempurung, Ipoh, Perak

Kelab Kilat TNB Nibong Tebal telah menganjurkan Ekspedisi Meneroka Gua Tempurung, Ipoh Perak pada 12 September 2015. Selain daripada mendaki Gua Tempurung, diadakan juga acara menyusuri arus deras di lata berdekatan dengan Gua Tempurung. Aktiviti tersebut dinamakan 'tubing'.. 

Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Group kami telah memilih pakej 4 iaitu satu laluan yang agak sukar & mencabar. Kami terpaksa memanjat, menggelongsor di batu-batu, menunduk dan berjalan itik serta meredah air semasa meneroka gua tersebut..

Selepas meneroka gua, kami meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu 'tubing'. Kami dipakaikan dengan pakaian keselamatan iaitu topi serta safety jacket. Hmmmm... satu pengalaman yang menakutkan serta mendebarkan kerana aku tidak pandai berenang. Tambahan pula, semasa aktiviti dijalankan, aku hampir lemas. Nasib baik semasa aktiviti dijalankan, kami diawasi serta dilatih oleh 'trainer' yang bertauliah..

Antara peserta yang turut serta ialah Pengurus Kawasan, Ir. Shahriman bin Muhamad. Yang menjadikan aktiviti ini bertambah menyeronokkan apabila geng-gengku juga turut sama menyertai aktiviti ini.. Kak Mahani & Kak Mazni.. 

Terima kasih Kelab Kilat TNB Nibong Tebal kerana mengadakan aktiviti yang sebegini baik untuk ahli-ahlinya. Dapat juga kami menghilangkan 'stress' semasa di pejabat.. Aktiviti sebegini juga dapat mengukuhkan ikatan persahabatan di antara kami semua. Tiada lagi istilah aku, aku dan kau, engkau.. Semua ialah 1TNB.. '"sepakat, sehati, sejiwa"