Thursday, December 24, 2015

Qaseh Nuralia Imani

Syed Iskandar terpaksa akur dengan keputusan kedua orang tuanya untuk menerima gadis yang digelar sebagai mumia kerana berbungkus elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani sebagai isteri.

"Entah perempuan manalah yang walid dengan umi kutip untuk dijadikan bini aku ni?!" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami

Berhadapan dengan kebencian suami sendiri bukanlah sesuatu yang mudah untuk Nuralia. Segala maki hamun Syed Iskandar padanya, diterima tanpa kata balasan. Keperitan hidup yang dilaluinya selama ini menjadikan dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan.

"Takdir Allah adalah takdir terindah. Redhalah dengan ketentuan-Nya, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah." - Nuralia Imani

Takdir Allah, tiada yang mampu menjangka. Ego Syed Iskandar akhirnya jatuh menyembah bumi. Kebencian Syed Iskandar hilang dek lembut kasih dan tulusnya hati milik Nuralia Imani. Namun kisah mereka tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai dugaan datang bertimpa di saat mereka mula menyemai rasa cinta. Masih adakah sinar untuk Syed Iskandar dan Nuralia Imani mengecapi bahagia? Berjayakah misi jahat Roy dan Bella untuk membalas dendam pada Syed Iskandar? Relakah Akira mengalah dan berkorban demi cintanya pada Nuralia? Siapa Qaseh yang muncul sebagai penyelemat di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah?


No comments:

Post a Comment