Antara aktiviti yang paling aku suka lakukan semasa waktu senggang ialah membaca novel. Hobi ini bermula semenjak sekolah menengah lagi. Selepas SPM, hobi ini terhenti sehinggalah semasa habis final exam Semester 1. Semasa itu, aku diperkenalkan dengan novel karya Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya 2 dan itu membangkitkan semula keinginan ku membaca serta memiliki novel-novel yang lain.
Aku memperuntukkan sebanyak RM200 sebulan bagi membeli novel-novel.. Antara penulis novel yang menjadi kesukaanku ialah Siti Rosmizah, Anjell, Achik Lana, Fauziah Shaari dan Melur Jelita. Aku bernasib baik kerana minatku ini tidak mendapat tentangan daripada husbandku malahan beliau juga menggalakkan aku membeli dan membaca novel-novel ini agar masaku tidak terbuang begitu sahaja.


No comments:
Post a Comment